Rabu, 30 April 2014

Pengalaman temuduga asasi TESL UiTM

Assalamualaikum, annyonghaseyo..

Hari ni El nak share pula pengalaman El pergi interview untuk asasi TESL hari tu.. El memang sangat berminat dan berharap sangat El dapat panggilan interview ni. Bila check, Alhamdulillah El terpilih, dekat UiTM kampus Bandaraya Johor Bharu.

El dapat sesi pukul 2.00 petang. Pukul 2 tu kami semua dikumpulkan untuk ujian bertulis. Ada 2 section. Comprehension dan satu lagi menulis Essay. Comprehension tu, serius susah. Memang tahap yang tinggi la. Essay pula, kena buat berdasarkan tajuk yang diminta.

Kemudian sampai la waktu untuk interview perseorangan. El dapat giliran ke 19 daripada 20 orang untuk panel 1. Panel 1 tu penuh dengan perempuan. Ada sorang atau dua je lelaki. Hahaha. Ala, panel2 lain pun sama. Senang kata TESL ni memang ramai perempuan la..

Masa nama El dipanggil,tinggal El dengan orang yang ke 20 je. Masuk,beri salam,serahkan fail dan diarahkan duduk. Panel El dua2 perempuan. Baik dan best! Hee.. Mula mula macam biasalah, kena introduce ourself. Lepas tu dia tanya apa yang El buat sepanjang cuti lepas spm ni. Banyak yang berkaitan diri kita la. Yang paling best bila dia tanya hobi masa lapang El. El cakap la yang El suka dengar lagu dan tengok drama. Tiba tiba dia tanya, " do you like kpop? " hahaha.. Off course la YES!! Hee.. Diorang gelak je. Jadi panel tu tanya, "so what is the best k-drama that you had watch? " dan El jawab LOVE RAIN! Hahahaha.. Sebenarnya El dah Boleh agak soalan tu. jadi El ceritalah apa yang menariknya tentang cerita tu. tentang pengorbanan mak dia dan anak perempuan dia..... Bla bla bla...

So, kesimpulannya kan,El nak share yang kita dah boleh jangka soalan yang mungkin ditanya. Contohnya,bila panel tanya soalan mengenai hobi korang kan, kalau korang jawab suka membaca, panel mesti akan tanya tentang buku yang korang suka. Kalau cakap suka dengar lagu, mungkin soalan mengenai genre atau lagu yang korang minat. Macam tu la juga untuk yang lain. Jadi korang mungkin boleh prep are awal awal untuk soalan2 ringkas macam ni. Dan jangan lupa sediakan dan hafal introduction of yourself. Lagi satu! Kena tahu isu semasa mengenai sistem pendidikan Malaysia.

Itu sahajalah yang El boleh share. Untuk El, temuduga ni best sangat! Boleh kenal kawan baru, dapat pengalaman baru, dan panel pun spoting habis la..boleh gelak2 lagi. Hahaha.. Semoga El dapat rezeki ni.. :)

Naega,
El.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan