Assalamualaikum, annyonghaseyo..
Hari ni El nak share pula pengalaman El pergi interview untuk asasi TESL hari tu.. El memang sangat berminat dan berharap sangat El dapat panggilan interview ni. Bila check, Alhamdulillah El terpilih, dekat UiTM kampus Bandaraya Johor Bharu.
El dapat sesi pukul 2.00 petang. Pukul 2 tu kami semua dikumpulkan untuk ujian bertulis. Ada 2 section. Comprehension dan satu lagi menulis Essay. Comprehension tu, serius susah. Memang tahap yang tinggi la. Essay pula, kena buat berdasarkan tajuk yang diminta.
Kemudian sampai la waktu untuk interview perseorangan. El dapat giliran ke 19 daripada 20 orang untuk panel 1. Panel 1 tu penuh dengan perempuan. Ada sorang atau dua je lelaki. Hahaha. Ala, panel2 lain pun sama. Senang kata TESL ni memang ramai perempuan la..
Masa nama El dipanggil,tinggal El dengan orang yang ke 20 je. Masuk,beri salam,serahkan fail dan diarahkan duduk. Panel El dua2 perempuan. Baik dan best! Hee.. Mula mula macam biasalah, kena introduce ourself. Lepas tu dia tanya apa yang El buat sepanjang cuti lepas spm ni. Banyak yang berkaitan diri kita la. Yang paling best bila dia tanya hobi masa lapang El. El cakap la yang El suka dengar lagu dan tengok drama. Tiba tiba dia tanya, " do you like kpop? " hahaha.. Off course la YES!! Hee.. Diorang gelak je. Jadi panel tu tanya, "so what is the best k-drama that you had watch? " dan El jawab LOVE RAIN! Hahahaha.. Sebenarnya El dah Boleh agak soalan tu. jadi El ceritalah apa yang menariknya tentang cerita tu. tentang pengorbanan mak dia dan anak perempuan dia..... Bla bla bla...
So, kesimpulannya kan,El nak share yang kita dah boleh jangka soalan yang mungkin ditanya. Contohnya,bila panel tanya soalan mengenai hobi korang kan, kalau korang jawab suka membaca, panel mesti akan tanya tentang buku yang korang suka. Kalau cakap suka dengar lagu, mungkin soalan mengenai genre atau lagu yang korang minat. Macam tu la juga untuk yang lain. Jadi korang mungkin boleh prep are awal awal untuk soalan2 ringkas macam ni. Dan jangan lupa sediakan dan hafal introduction of yourself. Lagi satu! Kena tahu isu semasa mengenai sistem pendidikan Malaysia.
Itu sahajalah yang El boleh share. Untuk El, temuduga ni best sangat! Boleh kenal kawan baru, dapat pengalaman baru, dan panel pun spoting habis la..boleh gelak2 lagi. Hahaha.. Semoga El dapat rezeki ni.. :)
Naega,
El.
Rabu, 30 April 2014
Selasa, 29 April 2014
Pengalaman UKCG
Assalamualaikum selamat bergembira.. :D
Hari ni El nak cerita pasal pengalaman El pergi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) pada 14 April 2014 hari tu..hmm hmm. Hahaha. Bila teringat balik,Ya Allah.. Leganya dah tak payah buat lagi. Hee hee.
El dapat untuk sesi kedua yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari. Dalam surat ditulis untuk datang setengah jam lebih awal. Jadi sebelum 11.30 pagi,El dah sampai sana. Pukul 12 ujian bertulis bermula. Masa time El tu, ada lebih kurang 135 soalan yang kena di jawab dalam masa 45 minit. Jangan takut,ujian pasal sahsiah diri je. Jadi tak ada istilah betul atau salah. Kalau El rasa betul semua , sebab jawapan tu tentang apa yang El rasa pasal diri El. :D semua objektif ok!
Kemudian tibalah masanya untuk ujian kecergasan. HAHAHAHA!! Capital letter ok! Berdebar juga lah menunggu masa tu. El kena pukul 2.30 ptg. Group yg first la kirenye untuk sesi petang tu. Mula mula sekali El dengan kelompok El, (kelompok 2) kena buat larian bleep. SERIOUSLY! Penat gile! Payah nak terangkan kat sini,kalau nak tahu awak google je la ye. El tak lepas banyak level pun. Tak larat. Dan yang teruk sekali,kaki El kejang pulak masa tu. Apa lagi,tengah lari lari tu terus terduduk. Naib baik fasi2 yang kat situ baik baik belaka. Tolong bawa El ke tepi,kipaskan dan tenangkan El, takut El sesak nafas pula lepas tu. haha.
Lepas tu kena buat kilas sisi. Yang ni pun korang boleh google nanti ye. Sebab dah kecewa larian tadi tak dapat buat dengan baik, yang ni El tekad nak buat betul betul. Alhamdulillah kali ni dapat buat 40 kali,yang mana fasi tu cakap markah penuh. Tapi... Memang semput la. Muka dah merah macam kena bakar.
Kemudian kena buat lompat quadrant. Bayangkan lepas kilas sisi tu nak kena lompat lompat pula. -,- Dan yang menariknya, haha. Ada budak yang saing El tu muntah. Yang pitam pun ada. Mana taknya, dah pusing kepala ke kiri ke kanan buat kilas sisi tu,nak kena lompat2 pula... Ish3! Dan akhir sekali bangkit tubi variasi. Atau pun sit up. Masa tahu kena sit up pula lepas tu, serious rasa nak give up je. Tapi nasib baik kene buat 5 kali je, ada tahap-tahapnya. Dan El dapat sampai tahap 3 je. Phew.. Last sekali Kira BMI. Tu biasa la kan, ukur tinggi dan timbang berat badan, Dan TAMAT!!!
Hahaha..ok, jangan cuak. Ni ikut stamina masing masing. Ramai je yang El tengok relaks je lepas habis ujian tu. Bergantung pada stamina anda. ;) Ni pun ikut rezeki sebenarnya. Kelompok lain ada yang lain urutannya. Untung la mana yang dapat larian bleep tu akhir sekali,jadi tak adalah penat dari mula macam kelompok El ni. Dan bersyukur yang fasi2 yang membantu baik baik dan ramah ramah belaka. Terima kasih untuk fasi2 di IPG kampus Tun Hussien Onn,Batu Pahat. :D
Apa apa pun ni tetap memori Dan pengalaman yang berharga buat El. El harap El dapat dipanggil untuk temuduga nanti. :)

Langgan:
Ulasan (Atom)